July 30, 2013

:: syurga telapak kaki ibu ::

Aku cuba menjadi seperti enggang
Tapi pulang aku kembali seperti pipit
Aku tiupkan momentum anggan setinggi langit
Tapi aku bawa jawapan rebah dukacita
5 waktu ku isi dengan harapan
Ku tambah dengan istiqamah alunan suci
Sudah itu klimaks ceritanya
Lantas banyak hati terluka

Pertikaikan apa sahaja
Aku berdosa
Sudah dikata kunfayakun
Mana mungkin aku menentang
Mungkin silapku terlalu angkuh
Cuba mengejar yang tak pasti
Hukum alam aku jatuh

Jika ini destinasi ku
Bantu aku untuk berlari dan terbang
Eksplorasikan diri ku dengan dunia ini
Kejarkan aku kenalkan aku dengan semuanya
Supaya aku dapat berjasa
Agihkan bonus kepada semua
Di langit mahu pun di bumi
Utama syurga telapak kaki ibu




No comments:

Post a Comment