October 16, 2013

Tidak terangkat kepala ini, menatap wajah tua dan sedarah.
Berkata bait menyentap jiwa, lalu melankolik suram mengisi hati.

Buntu memikir hidup yang tak terarah, atau mati titik noktah.
Penantian berserta senyum, namun sebalik ada sendu.

Tidak perlu simpati itu, khalayak jangan begitu.
Malu! Buntu! Hidup berpura-pura.

Setiap berlaku ada hikmah, ujian yang tak pernah tandus.
Sentiasa mencalit dosa, atau menguji kesabaran diri.




No comments:

Post a Comment