March 14, 2014

:: hustle & struggling in 2014 ::

Sama macam tahun lepas. 2014; tahun di mana aku kena struggle utk terus hidup. Macam-macam dah berlaku dalam awal tempoh 3 bulan pertama ni. Semoga aku dan semua insan disekeliling ini kuat utk teruskan kehidupan ini. Ya Allah, aku terima setiap dugaan ini. Semoga aku dan mereka terus ikhlas dengan apa yg berlaku. Amin.

Tamparan hebat yg paling aku tak jangka; sahabat baik ku kehilangan ibu tercinta. Ya Allah, begitu hebat ujian kau beri utknya Ya Allah. Sahabat, semoga kau kuat menempuh kehidupan ini. Aku pasti besar pahala Allah beri buat kau kerna kau mmg anak yang solehah. Aku yakin arwah ibu mu pasti bangga memiliki anak seperti mu. Dan kita sama-sama doakan ibu mu di tempatkan di kalangan orang yg soleh dan Insya Allah, kita jumpa lagi di syurga nanti. Sahabat, andai kira kau perlu bantuan, kau perlukan telinga utk mendengar, kau perlukan bahu utk berpaut, aku sentiasa ada utk kau. Insya Allah, semoga kita bersahabat sampai akhir hayat. Dan aku pasti, selepas ini kau pasti berjaya. Tika kau di atas, jgn kau lupakan aku ya.

Letih. Penat. Apa boleh aku buat. Aku terpaksa buat semua ni. Semoga setiap yang dibuat diberkati Ilahi.

Untuk ibu dan ayah, minta maaf sebab tak dapat membahagiakan ibu dan ayah. Minta maaf sebab dak dpt beri kemewahan kpd ibu dan ayah. Minta maaf sebab tak dpt beri kesenangan kpd ibu dan ayah. Minta maaf sebab tak dpt tolong ibu dan ayah kala ujian menimpa keluarga kita. Hanya doa yg dpt dihulur saat itu. Insya Allah, semoga perjuangan utk masa hadapan ini dapat ringankan beban kita sekeluarga. Insya Allah, selagi terdaya kudrat ini.  Ibu, Ayah, minta maaf sebab tak dpt jadi seperti anak-anak orang lain yang berjaya. Minta maaf sebab tak dpt jadi anak kebangaan ibu dan ayah. Minta maaf sangat-sangat. Mungkin dah tertulis liku hidup ini seperti ini. Harap ibu dan ayah bersabar. Insya Allah, suatu hari nanti pasti orang dapat memberi segala-galanya kat ibu dgn ayah. Semoga ibu dan ayah sentiasa mendoakan dan merestui apa yang orang buat. Terima kasih. Amin.

Pabila tiba saatya,
Allah pasti memakbulkan doa
setiap hambaNya.
Insya Allah, Amin.

No comments:

Post a Comment